Wanita Solehah Perhiasan
Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita
yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg
bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah
yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress,
cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan
wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita
ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih
waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba
mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang
menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita
yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji
dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita
membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki
menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang
terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan
secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping
walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki
tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka
serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih
di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan
cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada
di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan
buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu
apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia
tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib
yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang
wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman
pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…
sumber
0 komentar:
Posting Komentar